Monday 4 September 2017

Last dinner at Madam Kwan

Musim cuti panjang ni memang hakak takde masa nak update blog sebab memanjang keluar je disamping dalam rumah hakak internet macam nak bagi kaki je. Lagi sadis bila hakak tengah bercakap dengan orang pun boleh je tetiba terputus sebab tiada connection. Duduk saja di tengah Kuala Lumpur tapi line macam duduk dalam hutan tebal. Haishhh!!!

Entry kali ni hakak nak cerita pasal last dinner hakak dengan company hakak keje sekarang. Bukan hakak sahaja yang berhenti ada lagi dalam dua orang ikut berhenti. Bukan sebab company ni tak bagus tapi memasing ada sebabnya. Kalau tak bagus takkan la hakak boleh stay lama. Sebelum ni company hakak buat dekat The Kitchen dan masakan dia just SO SO jela. Takdela segempak yang digembar gemburkan oleh orang lain. Kali ni boss kecik pilih restoran Madam Kwan di Mid Valley pulak.


Madam Kwan ni makanan dia kebanyakan ala chinese style atau campuran macam baba nyonya juga la. Nak ambik gambar menu malas pulak tapi ada mee kari, nasi lemak, char kuew teoy dan len lain masakan Malaysia. Jangan risau masakan barat pun ada juga kot anak tekak tetiba jadi mat saleh celup.

Sebelum makan sesi bergambor tu wajib. Sila perhatikan pipi tu lelama sebab ada perubahan selepas itu. Hehehe.


Gambar kenang-kenangan tu kena ada. Dari jauh baru nampak hidung hakak mancung gitu.


Sebelah sana segala big boss je duduk. Budak pakai cermin mata depan hakak ni. Bulan 8 tu dia dah last kerja. Sedih takda orang nak dibuli lagi. Cakap macam hakak tak berhenti je lagi.

Nasi goreng petai bukan hakak order tapi memang recommended sesangat bagi peminat petai. Thumbs Up hakak bagi.

Sambal udang petai ni pun memang sedap tapi pedas lagi bertambah sedap.

Atas ni hakak yang order ada satay, dumpling, ayamg goreng dan otak-otak. Otak-otak tu hakak makan dah rasa macam makan fish cake.


Char kuey teow ni pun hakak yang order. Sedap dan bertambah umph bila makan dengan cili potong. Makin selera bila hakak campur sekali dengan udang sambal petai. Hahaha.


Pisang Goreng Ais krim ni pu hakak yang order. Memang sedap juga. Licin hakak makan tau. Atas pisang goreng tu diorang letak madu atau sirap maple kalau tak silap hakak.


Bila ko suruh orang ambil gambar tapi ko lupa nak setting kamera gini la jadinya.


See orang lain dah berhenti makan, hakak masih melantak lagi.


Dan inilah hasilnya, pipi pau selambak.


Tadi gambar belakang tak nampak jadi ambil dari sini tapi takda cahaya lampu dekat kawasan hakak duduk. Golap la nampak muka.


Semoga kita berjumpa lagi semua.

Food : 👍👍👍
Price : 👍👍
Place : 👍👍


No comments:

Post a Comment

Quotes