Thursday 19 October 2017

Taman Burung Kuala Lumpur (Part 2)

Sambungan (Part 1)




Seksyen untuk burung Kakak tua ni tak berapa banyak sangat yang dilepaskan. Dan hakak tak berapa nak syorkan untuk hulur tangan kosong sebab hakak nyaris dipatuknya. Maka anda standby beli kuaci yang hakak sarankan beli dari luar sebab harga didalam hanya buat anda berpikir berpuluh kali nak beli.

Kawasan burung hantu jangan pula korang ambil gambar pakai flash. Dah ada signboard dekat situ. Masa tu ada la sekor dua je yang buka mata. Yang lain semua tengah membuta.



Ni dah nak balik baru la nampak merak duk kembang ekor. Sekor pun sekor la.

Laki hakak bagitahu yang burung dekat situ dah tak banyak yang lepas macam dulu. Dalam sangkar pun sama atau mungkin masa hakak pergi suhu panas sangat sampai duk menyorok tempat teduh dan sejuk.

Ada juga persembahan burung, mereka buat dua kali yang hakak tengok dalam pukul 3.30 petang. Persembahan pertama hakak tak pasti pukul berapa. 

Mereka ada galeri dan education room yang hakak rasa tak berapa nak education dan galeri sangat. Wafiq suka masuk bahagian education sebab ada sediakan 2 tab yang mula hakak ingat slide show untuk penerangan rupanya hanya game yang ada.

Hakak rasa banyak benda lagi yang harus mereka upgrade. Mungkin dari segi penambahan haiwan dan juga bahagian galeri dan education memang hakak rasa mereka perlu baik pulih untuk pemahaman kanak-kanak.

Fee
Dewasa : RM 27.00
Kanak-kanak 3 -12 tahun : RM 13.00
Bawah 2 tahun percuma



Taman Burung Kuala Lumpur (Part 1)

Masa deepavali hakak ingat nak duk rumah je sebab sekarang cuaca panas yang amat. Sampai duk dalam rumah pun macam duk dalam oven.

Tetiba laki hakak pi gatai mulut duk tanya nak pergi mana. Rancang nak pergi Farm in the City dekat Seri Kembangan tapi disebabkan tengah bulan dan bajet pula lari. Maka hakak cadang Taman dekat Taman Perdana yang pasti hakak tersalah masuk. Ku sangka Taman Rama-rama rupanya Taman Burung daku masuk. Aduhai... Malas nak u turn hakak biorkan je. Lagipun laki hakak yang bayar bukan duit hakak. HAHAHAHA

Mula-mula masuk Maryam tengah khusyuk duk tidur. Nasib tak sampai 10 minit dia bangun semula.

Wafiq memula je seronok nampak burung selebihnya dia excited nampak ikan berlambak dalam kolam.



Ini antara burung yang akan selalu nampak berkeliaran dekat Taman Burung. Ada ayam tapi hakak hanya nampak dalam 2 ekor je yang duk lepas. 


Dua jenis burung ni kami nampak sekali je. Kalau ada nampak lebih dari sekor untung la korang. Penat pusing itu je nampak.

Fee masuk untuk mykad je yang hakak ingat

Dewasa : RM 27.00
Kanak-kanak 3 - 12 tahun : RM 13.00
2 tahun ke bawah free.




Wednesday 11 October 2017

Hutan Batu

Hari ni hakak nak bercerita pasal hutan batu dekat kawasan hakak tinggal sekarang. Hutan batu kalau tak silap hakak la perumpamaan bagi bangunan tinggi atau bandar sebab bandar je ada bangunan menjulang ke langit.

Hakak nak cerita pasal kawasan hutan batu dekat tempat tinggal hakak. Hutan batu ni terletak atas bukit tapi masih dekat lagi dengan bandar Kuala Lumpur. Tempat hakak ni walaupun bukit memang banyak bangunan rumah yang tinggi-tinggi dan ada beberapa buah kampung dekat dengan kawasan hakak. 

Walaupun namanya bandar atau lebih tepat bandaraya punya kawasan tapi yang hakak hangin sangat pasal line internet. Kadang-kadang hakak rasa macam hakak tinggal tengah-tengah hutan tebal. Bayangkan bila masa masuk rumah memang hakak tak dapat guna langsung internet. Rasa betul-betul membazir pakai plan berpuluh-puluh. Panggilan telefon pun boleh tersekat-sekat.

Jadi memang stress hakak bila hujung time tula berduyun-duyun idea nak post dekat belog. Tapi disebabkan line internet yang teruk nak mampus pendam berkurun jela. Laki hakak kata kawan dia tinggal di bandar Tun Razak hari-hari call service center duk tanya bila line nak hokay. 

Banyak pula masa hakak nak call panggilan banyak gila. Hakak dah p center siap bagi jawapan sebab terhalang bangunan line maka tak sampai dalam rumah. What the *&*&^ Takkan hakak nak kena keluar rumah semata-mata nak pakai internet. Duk kampung pun lagi laju mehhh. Maaf duk bebel panjang berjela-jela, hakak stress ngadap line tenet yang problem tak sudah.

Dan hakak nak cakap terima kasih kepada otai HH [HasrulHassan] belog hakak tersenarai dalam belog HH. Maka makin bersemangat hakak nak hupdate belog dengan jayanya. Dan tahniah juga kepada semua terpilih. 

Quotes