Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia



[Klik Banner untuk join]

Segmen kali ni hakak kena ceritakan serba sedikit mengenai diri hakak kepada semua. Hadiah untuk pemenang yang bertuah memang best bagi hakak mesti blogger lelaki yang akan suka atau kaki gadjet jangan lepaskan peluang untuk sertai segmen ni. Hakak memang syorkan sangat sambil kita kenal lebih rapat dan tambah teman dalam kalangan kita semua.

Pertama sekali, hakak perkenalkan nama sebenar hakak ialah Karmizah jauh dari nama dekat belog hakak Milzah. Jangan ko tanya maksudnya nama sebab hakak tak tahu. Yang tahu hanya emak dan arwah bapa hakak, lagi best bila adik beradik hakak semua bermula dengan huruf K dan nama hakak dan abang sorang lagi hanya berbeza satu huruf sahaja. Sampaikan nama hakak di kad debit bank tersalah taip nama sekali hakak pandang nama abang hakak dia letaknya. Hakak anak ke 7 daripada 10 orang adik beradik. Hakak lahir pada 20 September tahun ???? . Kalau ikut kalendar cina hakak ular.

Hakak dah berkahwin dan sudah pun mempunyai sepasang anak, Alhamdulillah. Hakak masih lagi bekerja disamping menjadi suri rumah. Hahaha macam mana tu, hakak lepas balik kerja kira sampai pukul 6 hakak ambil anak, terus masak tuk makan malam kemudian buatlah apa yang patut. Siap!

Hobi hakak dulu suka membaca tak kira novel, majalah atau komik. Tapi sayang hobi tu dah terbenam sebab takda masa nak baca sepenuh penghayatan. Sekarang hobi hakak berganti dengan memasak. Jadi hakak sentiasa memasak dan mencuba serta praktis berkali-kali sehingga laki dan anak-anak hakak bila makan bertambah muka pun ada senyum. Jadi betul-betul puas hati hakak hilang segala penat lelah hakak masak.

Kenapa hakak berblog, hakak suka baca mula dari sekolah menengah tapi bila hakak mula ada blog masa U. Masa tu blog hakak lain dan hakak sendiri pun dah lupa macam mana blog hakak. Cuma bagi hakak waktu jela cara hakak lepaskan atau luahkan apa yang hakak pendam. Hakak berhenti blog bila hakak dah kahwin. Dan kenapa bermula semula? minat hakak tuk menulis dan membaca tak pernah padam dan ini sahaja masa hakak yang ada. Jadi belog hakak sekarang bagi hakak lebih matang berbanding dari dulu. Sekian. Berjela pula hakak menaip.. 

Jangan lupa join dan support segmen mereka.

Klik sahaja banner di atas untuk sertai!






Comments

  1. Wah bagus hobo memasak no. Untung badan

    ReplyDelete
  2. memang best baca penulisan hakak...terbaik hakak :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak mizah sertai segmen ni :) Selamat berkenalan..

    http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan daripada saya. heheh

    http://najahmustapa.blogspot.my/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Hubungi Saya

Personal blogger dan lifestyle, mom to 2 kids and becoming Fulltime work at home. For inquiry, review, advertising and event email to hunnypie89@gmail.com/018 9614663

Followers

Followers

Instagram

Popular posts from this blog

First Giveaway By bukupinky.blogspot.com

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

FIRST BEAUTY BOX GIVEAWAY BY US WITH LOVE ❤

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.

Traveloka menawarkan tempahan Penerbangan yang terbaik