Sambutan Merdeka di Dataran Merdeka

31 Ogos 2017 jadi sejarah buat kami sekeluarga kerana itulah kali pertama hakak dan laki hakak sambut merdeka di Dataran sepanjang hidup ni. Untung anak-anak kecil-kecil dah pergi. Tapi tu pun kalau diorang ingatlah. Berhuhuhu saja lah kita.


Maryam taknak pandang kamera. Ralit pandang belon dekat sebelah.


Berkali-kali panggil baru nak pandang. Kasihan Maryam demam sebab tonsil bengkak.


Abang wafiq duduk sekejap sahaja sebab gayat. Tak jadi duduk lelama.


Ni bahagian hakak tak berapa padat macam belah sana. Nasib cuaca tak hujan hari tu. Alhamdulillah.


Mana yang berkawad tak berapa nak nampak sangat tapi abang wafiq excited tengok kenderaan saja.


Nampak kapal terbang jadi 60 sempena tahun merdeka.


Tentera berkuda tak jalan depan. Terus shortcut tempat hakak dapatlah tengok dalam 30 ekor kuda. Anak paling teruja sekali.


Ni la jadinya bila belon besar lalu bawah jambatan.


Ramai yang pakai baju macam ni. Memang semangat patriotik. Kalau hakak buat mau laki hakak tak keluar rumah.


Macam ni jela dapat ambil gambar sekeluarga. Maryam macam biasa melepek je tapi selera makan tak pernah putus.


Katanya nak bergambar dengan ejen Ali tapi posing dengan patung ultraman dia. Haih anak bertuah sorang ni.

Kami laki bini naik motor je, memang tak naik kereta dah sebab tolak pun dalam pukul 10 lebih macam tu. Alhamdulillah senang datang senang pulang. Hahaha laki hakak kata 10 tahun lagi baru kita datang lagi. Jadi tahun mendatang sambut dalam rumah depan TV.


Comments

  1. tentu seronok dapat menyaksikan pertunjukan yang diadakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tapi tula x dapat duduk depan datang lambat sangat.

      Delete

Post a Comment

Hubungi Saya

Personal blogger dan lifestyle, mom to 2 kids and becoming Fulltime work at home. For inquiry, review, advertising and event email to hunnypie89@gmail.com/018 9614663

Followers

Followers

Instagram

Popular posts from this blog

Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia

First Giveaway By bukupinky.blogspot.com

FIRST BEAUTY BOX GIVEAWAY BY US WITH LOVE ❤

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.

Traveloka menawarkan tempahan Penerbangan yang terbaik