Thursday 21 September 2017

Lampu LED dari Lazada

Baru-baru ni hakak ada beli lampu LED secara online di Lazada untuk untuk hias bilik laki anak bujang hakak yang sorang dalam usaha untuk si abang wafiq ni berdikari dan juga tertarik untuk tidur sendiri. Sudah hampir masanya sebab tahun depan abang wafiq dah masuk umur 4 tahun. Maka hakak dan laki hakak melakukan perancangan, bentang bajet, dan penelitian di setiap sudut bagi menjayakan rancangan untuk si abang wafiq tidur sendiri dengan jayanya.


Jadi inilah hasil pembelian hakak dekat Lazada yang ambil masa dalam seminggu lebih juga sebab barang ini dari China jadi kita tunggu kapal mari. Hakak berpuas hati dengan harga dalam RM 24.90 keadaan sampai yang memuaskan walaupun dalam hati risau takut pecah atau rosak. Alhamdulillah semuanya okay saja. Lampu ni guna bateri, lagipun hakak tak guna lama. Pasang bila waktu nak masuk tidur saja.


Abang wafiq jadi model sementara. Keadaan bilik memang kosong tengah tunggu katil dari kilang. Masih banyak lagi barang dalam senarai tak beli lagi. Termasuk langsir tingkap bilik. Ni hasil cahaya hakak ambil gambar dalam mode flash.


Kalau mode tak flash nilah hasilnya. Cantikan sebab dia tak berapa terang sangat cahaya maka amat sesuai nak buat mata jadi cepat layu.n Berbaloi ke idok, hakak rasa memang berbaloi.

p/s: tak sabar nak tunggu hasil bila dah siap semuanya. Harap berjalan dengan lancar.

3 comments:

  1. Cantik! Tapi pendek je lah. Ada jugak cari lampu ni yang panjang tapi harga dia buat menangis pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh buat wayaring sambung je. Ni pun nak tanya adik boleh tukar dari pakai bateri ke plug.

      Delete
  2. salam ziarah & follow sis..selamat berkenalan..hhih

    kat Kaison ade jugak lampu cantik2.. ada bentuk bulan..bintang..mentol dll.. bln posa aritu ade beli tp cam x cukup sbb beli sekotak jer..heheh..kene pegi lagi ni..

    ReplyDelete

Quotes