Wednesday 13 September 2017

[Al Fatihah] Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


Hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih dimana Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berlaku bencana dimana ketika berlakunya kejadian sesetengah daripada kita mungkin masih diulit mimpi. Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah belaku kebakaran, dimana dianggarkan 20 orang telah disahkan maut yang mengorbankan 2 tenaga pengajar dan selebihnya adalah para pelajar. 3 lagi dalam keaadaan kritikal dan selebihnya ada yang mengalami kecederaan. Ketika ini ada ura-ura mengatakan angka kematian adalah lebih.

Menurut penduduk setempat, mereka cuba menyelamatkan mangsa tetapi keadaan asap yang tebal dan api marak menyukarkan mereka menyalurkan bantuan. Malah ada yang cedera dalam cubaan menyelamat. Seperti sedia maklum terdapat beberapa rakaman video yang sempat dirakam dengan kedengaran suara mangsa menjerit. Hakak mohon video atau gambar mangsa terbakar tidak diviralkan. Banyak hati yang perlu dijaga terutama ibu ayah pelajar yang telah terkorban.

Terdapat juga pelbagai khabar angin tersebar mengenai kejadian mohon jangan disebarkan. Tunggu sahaja laporan rasmi daripada pihak berkuasa. Kita hanya mendoakan mereka semua selamat dan mendapatkan keampunan serta keredhaan daripada Allah s.w.t. Semoga Allah menempatkan mereka semua dikalangan orang yang beriman dan para syahadah. Amin



Antara pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


1 comment:

Quotes