Sotong dalam tin

Siapa yang suka makan sotong dalam tin cuba komen sikit. Hakak dulu tak bape berkenan dengan sotong dalam tin ni. Dah la hitam tebal semacam pulak belum lagi dengan bau dia. Tapi hakak jadi suka bila arwah bapak hakak yang masak. Cara arwah bapak hakak simple je tapi yang ampun sedapnya. Hakak rasa mungkin juga sebab yang masak tu daripada tangan mak bapak kita sendiri. That's why sedap mengalahkan restoran 5 bintang walaupun sekadar telur mata lembu dah pecah. hehehe.

Sekarang hakak masih lagi masak sotong dalam tin ni tapi sampai sekarang takkan dapat rasa seperti arwah bapak hakak masak. Bapak, hakak rindu bapak sangat-sangat. Macam mana pun hakak akan share juga dengan kamu semua macam mana hakak masak dekat rumah.

Pertama mesti ada sotong dalam tin. Tak kisah la jenama apa pun. Tapi hakak suka ada satu lagi jenama tu sayangnmya sudah lupa dan susah pula nak dapat dekat sini.


Bahan-bahan 

Bawang merah
Bawang putih
Cili padi (letak la banyak kalau nak pedas)
Serai (ni ikut suka taknak letak pun takpa)
Minyak masak (letak skit je)

Cara-cara

Panaskan minyak dulu.
Masuk bawang merah dan putih dan masak sampai naik bau.
Masukkan sotong dan cili.
Biarkan selama 5 minit dah boleh angkat.
Garam hakak jarang masuk sebab dah sedia masin melainkan hakak nak banyak kuah.


Dah siap, nak nampak cantik menarik kebabom letak daun bawang sebagai penyeri.
Sedap dimakan dengan nasi panas dan telur mata.

Selamat mencuba semua!

Comments

  1. sedap ke sis heheh salam kenal :D
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. mula-mula mungkin tak bape suka sebab bau. dah lama jadi ketagih.

      salam perkenalan

      Delete

Post a Comment

Hubungi Saya

Personal blogger dan lifestyle, mom to 2 kids and becoming Fulltime work at home. For inquiry, review, advertising and event email to hunnypie89@gmail.com/018 9614663

Followers

Followers

Instagram

Popular posts from this blog

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

First Giveaway By bukupinky.blogspot.com

Instant Shawl Giveaway by Mamapipie

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.