Friday 11 August 2017

Cekodok viral

Kalau sesiapa ada facebook mesti tahu mengenai cekodok viral. Jadi pagi ni hakak pun duk cuba buat sendiri. Hakak pakai hentam saja buat cuma yang hakak tau cekodok ni dulu hakak panggil kuih boom dan bentuk dia lagi besar. Dah hakak nak stop membebel, hakak akan bagi resepi yang hakak buat.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air panas (boleh letak yis kalau taknak air panas)

Cara-cara
Gaul tepung, garam dan gula.
Kemudian baru letak air panas.
Jangan letak banyak cukup la boleh buat bentuk bulat.
Akhir sekali dalam goreng minyak yang panas. 
Bila dah kekuningan atau coklat boleh la angkat.

Tepung, garam dan gula gaul sebati dulu.

Yang ni hakak dah letak air panas jadi rupa lagu ni. Air hakak main agak-agak je. Jangan bagi cair sangat

Minyak kena banyak okay. Kita biar dia panas betul baru letak.

Dan ini masa cekodok viral tengah masak.

Cekodok viral terlebih masak sebab hakak buat keje lain dulu sampai terlupa cekodok atas dapur.

Yang atas tu rupa cekodok terjaga sikit. Hahahaha.

Maryam memang suka jadi peneman dan penyepah dekat dapur.

Abang wafiq macam biasa duk tengok tv. Hujung minggu je dia dapat tengok kartun lama-lama. Hari lain takda.

Macam mana rasa dia, bila abang wafiq cakap cedap sambil tersenyum dengan berkali-kali duk sumbat dalam mulut. Maknanya memang sedap la tu hakak pun senang hati. Cuba la semua senang pun senang. 😉😉😉😘



4 comments:

  1. Comelnye Mariam. Kiss Sikit.. kalau mama.mmg suka cekodoknyg garing mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka yang garing tapi anak tengok rupa dia pilih yang cantik je. Hahaha.

      Delete
  2. senangnya buat cekodok ni..nak try buatlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la kak.. klau nak manis letak gula lbih sikit.

      Delete

Quotes