Posts

Showing posts from August, 2017

Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest by Lazada

Image
[Klik banner untuk join contest]
Lazada akan mengadakan Sale sehingga 80% sempena hari Kemerdekaan ke 60 tahun dari 25 Ogos  sehingga 31 Ogos 2017. Barang yang ditawarkan adalah buatan Malaysia atau anak tempatan yang buat. Jadi apalagi mai borong beramai-ramai di Lazada sambil menyokong buatan Malaysia dengan harga yang berbaloi-baloi.
Lazada juga menganjurkan contest khas untuk para blogger. Bermula dari 21 Ogos sehingga 31 Ogos.
syarat-syarat penyertaan boleh baca di laman sesawang Lazada.
What do you love about being Malaysian? Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup dalam harmoni sepanjang 60 tahun dan pada masa akan datang juga. Walaupun Malaysia adalah negera yang kecil tapi tetap terkenal dalam pelbagai bidang dan banyak diiktiraf oleh negara yang lebih besar dan maju. Malah Malaysia menawarkan pelbagai bantuan dari segi ketenteraan dan juga perubatan kepada negara lain yang memerlukan secara berterusan. Sebab itu saya Bangga …

SGshop Merdeka Giveaway

Image
[Klik banner untuk join]
The item's photo that I would like to purchase with SGshop shopping credit is


Tarik tutup 31 OGOS 2017, 11.59pm



Giveaway Blog By Cikrenex

Image
Jom join blog cikrenex kita sempena pembukaan blog baru beliau untuk jahitan kraftangan beliau.
Hanya ikut sahaja syarat-syarat yang beliau tetapkan. Hadiah adalah keychain nama dan wang tunai RM 10.
Jika penyertaan kurang daripada 30 orang maka segmen ini akan dibatalkan. Jom kita sertai beramai-ramai dan support each other.
Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017




Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist!

Image
[Klik banner untuk join contest]
SYARAT 1. Mestilah follow blog airahsyahirah.blogspot.com. Wajib tau. 2. Follow instagram @airahbeautyhealth 3. Kalau nak join pastikan blog awak aktif sebab tuan tanah akan datang bertandang dan komen semua entry. 4. Buat satu entry 'Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist! dan paste banner dalam tu dan jangan lupa backlink sekali. 5. Kalau rajin komen sekali kenapa nak masuk segmen bloglist ni. 6. Komen entry penyertaan dalam komen box entry ini.
Syarat dia mudah je. Hakak siap taip sambil pejam mata je. Tu yang banyak typo. hehehe
Hadiah adalah misteri maka hakak pun tak tahu hadiah apa yang akan dapat. Tunggu hakak dapat baru hakak bagitahu. Hahaha. Contest ni kalau menurut Tuan tanah adalah untuk mengeratkan silaturahim disamping menambah kenalan. Memang betul apa yang Tuan tanah cakapkan tu. Hakak banyak tambah kenalan walaupun depa tak follow hakak semula sebab tu ada berapa kerat je. Hakak follow tanpa tinggal jejak memang orang tak ta…

Sayur kubis goreng campur telur

Image
Semalam dekat ofid duk fikir balik nanti malam nak masak apa. Sambil duk bilik blog tetiba nampak Kak Azie kitchen duk up entry baru pasal sayur kubis goreng campur telur, apalagi hakak terus klik link hafal sesiap resepi dalam otak. Simple, mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Meh hakak share resepi sekali.  Bahan-bahan Kubis lobak merah cili besar bawang putih telur perasa (optional nak letak ke idak) garam
Cara-cara masak bawang putih sehingga agak kekuningan. Jangan bagi hangit nanti tak sedap okay. Kemudian baru masukkan lobak merah. Goreng sampai agak lembik. Baru kita masukkan kubis dan agak nak dekat masak masukkan telur. Kacau lagi sehingga masak dan masukkan pula cili besar.  Kacau sekali dua, tutup api angkat letak dalam mangkuk siap. Garam itu suka nak letak time bila. Jangan tak letak udah.
Dah siap pun, banyakkan padahal makan dua orang je. Hehehe kita ratah dulu sementara tunggu laki balik keje.
Selamat mencuba semua.

Kenduri kahwin sepupu

Image
Sabtu dan ahad baru ni sepupu hakak kahwin sekali aqiqah untuk anak sedara beliau di Sunway. Kawasan dia betul-betul mengadap depan Sunway Piramid. Agak stress juga hakak sebab jalan nak masuk kawasan rumah selalu jammed sampai otak hakak pun ikut jammed silap masuk lorong. Hahahaha Tahniah zuby dan pasangan. Semoga bahagia hingga ke jannah.
Kiri kanan sudut hakak ambil gambar sambil pegang Maryam. Maka inilah hasilnya. 
Dah clear tetiba mak andam ke pak andam ke hakak tak pasti tetiba interframe pulak
Paluan kompang tak berapa nak kuat. Terpaksa adjust bunyi sebab ramai tengah tidur time ni. Aduyaiii
Time ni makngah dah angkat bendera putih. Tak larat nak pegang maryam dah.
Cer teka mana akak mana adik. Betul hakak mampu bagi flying kiss je.
Maryam bersama nenek pahang. 
Hokay kita selfie secara berjemaah lagi.
Hakak tak faham betul dengan adik hakak sorang ni bila bergambar. Katanya side belah sini buat dia nampak photogenic. Phuii habis besar gedabak muka hakak sorang kedepan.
Nah…

Wafiq dan Keisya berpisah tiada

Image
Dalam ramai sepupu dia, keisya la crush dia. Tak boleh hilang daripada pandangan mata. Menjerit-jerit panggil keisya. Jalan berpegang tangan, nak turun tangga berpimpin tangan. Tak pandang dah yang lain.
Baju raya pun sedondon.
Nak amik gambar kena ada keisya dekat sebelah, kalau idak tak mahunya bergambar sekali. Habis gambar raya tahun ni takda dah.
Wafiq dan keisya bertemu setelah berbulan tak jumpa. Malu-malu keisya nak posing.
Balik malam ni tak tau macam mana nak balik rumah memasing. Melekat je.

Jaga adab anda walaupun dihujung DUNIA

Image
Heboh sekarang di media sosial mengenai 3 pelancong Malaysia buat masalah di Jepun. Hakak tak tahu apa punca sampai mereka sanggup pecahkan dinding dan juga buang sisa mereka dalam lubang mandi. Bagi hakak kalau marah sekali pun tidak perlulah anda merosakkan harta benda orang sehingga melibatkan pengeluaran kos baiki yang banyak.



Hanya kesalahan mereka seluruh rakyat Malaysia dikatakan telah di banned kan daripada menginap disitu selepas China dan juga Korea. Nasib pekerja tu hakak tak pasti dia masih lagi bekerja disitu atau tidak.

Semua ketahui bahawa Jepun adalah negara yang amat mementingkan disiplin dan juga masa.Jadi segala peraturan yang telah ditetapkan harus dipatuhi walaupun pada kita kelihatan remeh.

Bukan pertama kali pelancong kita tidak disukai untuk diberi penginapan. Di negara barat pun terjadi bila mereka mengatakan pelancong dari Malaysia Bag packing tempah hotel untuk 2 orang tapi sebenarnya datang berempat. Memanglah anda boleh tidur berhimpit tapi dari segi pengg…

Lunch box ke tempat kerja

Image
Hakak kalau pergi kerja hakak akan bawa bekal berbanding dulu hakak selalu beli dekat luar tapi disebabkan tak kena dengan anak tekak dan harga makin naik. Maka berbekallah kita ke tempat kerja. Lagi murah, sedap dan banyak. Hehehehe. Tapi kekadang hakak masih beli dekat luar tu pun bila hakak tak masak malam tu.

Cara-cara nak bawa dekat tempat kerja ni pun ada tau. Pertama bekas makanan kenalah pelbagai dari segi bentuk dan juga tahan lama sebab nak guna lama dan hari-hari pakai dan nanti ada yang bersambal la, sup ekor panjang, ikang kering lebar la. That's why kena pelbagai bentuk.

Untuk makanan pulak, sama ada sedia pada awal pagi atau masak pada malam sebelumnya jadi esok hanya panaskan dan bawa je ke tempat kerja. Air pula hakak memang sediakan bekas susu pekat dengan paket pelbagai minuman. Air panas dekat tempat kerja percuma saja. Nak beli bungkus dekat luar je dah dekat RM 2 lebih.


Ini bekal hari jumaat hakak bawa. Nasi tu semampat boleh hakak letak nasi dalam bekas. La…

Kad Ceria menjimatkan perbelanjaan anda

Image
Semalam hakak baru terima kad ceria sekali dengan parcel. Kepada yang tidak tahu, kad ceria ini dikeluarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan diberikan secara percuma kepada yang lahir atau telah menetap di kawasan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Kad ini juga boleh dimohon oleh kakitangan kerajaan yang bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan.
Macam mana hakak boleh tahu, sebenarnya kalau pergi dekat KK mart mesti akan perasan gambar kad ni dekat peti wang mereka. Hakak ni perasan sebab orang depan hakak bayar lepas tu dapat diskaun guna kad ceria ni. Kenapa penting? Sekarang harga barang dan minyak makin naik. Jadi walaupun kekadang hanya 5% diskaun ia tetap memberi kesan terutama kepada keluarga yang berpendapatan agak rendah macam keluarga hakak.
Hakak ni boleh mohon sebab laki hakak memang lahir di Kuala Lumpur. Jadi hakak apa lagi terus apply di laman web kadceria.kwp. Boleh juga mohon di pusat kutipan yang telah disediakan. Bagaimana nak tahu diska…

Yeay! Hadiah dah sampai

Image
Balik dari kerja sampai saja rumah mak mentua nak ambil anak. Terus mak mentua bagi tanpa banyak soal. Senyum lebar muka hakak, nasib mak mentua hakak tak cakap hakak giler tetiba sengih macam kerang busuk.
Dah sampai rumah hakak terus buka parcel, nampak je barang lagi tak berhenti senyum. Hahaha. Okay barang ni hakak dapat daripada Giveaway by Mirzasyazwina. Hakak mengaku masa nama akak diumumkan dekat blog mirza memang hakak rasa nak melompat dah.
Tada parcel dah sampai. Jom kita apa ada dekat dalam.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Inilah semua hadiah yang hakak dah dapat. Comel betul semua barang dia.
Clip pirate yang cute miut. 
Pemadam kecil ni teringat hakak masa zaman sekolah rendah. Masa tu femes dengan macam-macam jenis pemadam. Siap ada bau buah lagi. Dulu beli semata-mata nak buat koleksi je. Hahahaha.... Sekarang hilang entah kemana.
Pelekat yang super duper comel.
Yea betul hari ni adalah hari terbaik hakak. Mohon hari seterusnya begitu juga.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Image
Sempena Semangat Merdeka Yang Ke 60blogger Kisah Si Dairy telah menganjurkan Giveaway bermula dari 16 Ogos 2017 sehingga 29 Ogos 2017. Pengumuman pemenang akan di umumkan pada 30 Ogos 2017. Hadiah berupa wang tunai, topup dan hadiah lain untik di menangi.
Syarat-syaratnya sangat mudah. JUST FOLLOW STEP yang diberikan.Diingatkan supaya mematuhi segala syarat-syarat yang diberikan di sini.
Copy coding yang telah disediakan ini:
<center> Assalamualaikum</center> <center> </center> <center> </center> <center> </center> <center style="text-align: justify;"> Hai korang. <a href="http://kisahsidairy.com/"><b><span style="color: magenta;">Kisahsidairy.com</span></b></a> sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi<b> Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain</b> .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.</center> <center st…

Kegilaan Laki Bini

Image
Baru-baru ni hakak duk kemas barang makeup nak packing sesiap sebab akak ipar nak pinjam tuk makeup dinner office beliau dekat Melaka nanti. jauh bebenor company dia buat event dinner. Tengah duk hakak keluar balik semua barang baru la hakak perasan yang hakak duk membiakkan alat makeup tanpa hakak sedar. Maigood bila masa hakak beli pun hakak tak ingat. Dasar perempuan betul.
Ini je kot hakak rasa. Malas dah nak cari lagi.
Tengok pallet colour tu semua sapa nak pakai. Ni semua nafsu ketika membeli.
Hokay terselit sekejap Face mask kunyit dari beauty hacks. Berus tu bila nak pakai tak tau.
Ini semua salah Lazada sebab buat jualan murah tu belum masuk dengan diskaun lagi punya musim.
Tengok membazir tak luak langsung. Kegilaan apakah yang hakak hadapi dulu. Hahaha.

Minyak wangi ni bukan hakak punya gila. Ini semua laki hakak punya kerja. Berbotol-botol masih penuh lagi. Hakak tunjuk gambar dekat dengan harapan nak bagitahu minyak wangi dah banyak. Jangan beli lagi. Tapi sebaliknya dia…

BR1M akan masuk hari ini "16/08/2017"

Semalam tengah hakak duk belek-belek fon ternampak pulak berita pasal Brim dekat Siakap Keli punya post. Jadi bila laki hakak balik rumah, hakak duk bagi tau awal-awal jangan lupa tengok akaun bank. Hahahaha.

Bukan apa untuk Fasa 1 dan 2 Brim kami tak dapat dikeluarkan atas sebab ketidakfahaman antara Bank dengan LHDN. Terpaksa la pergi ulang alik pergi LHDN untuk selesaikan pengeluaran duit Brim.

Untuk fasa 3 duit Brim akan dimasukkan secara berperingkat. Bagi yang buat rayuan pula duit akan dimasukkan pada 29 Ogos 2017. Bukan semuanya masuk hari ini tahu, jadi sesiapa yang ada mak bapak dekat kampung bagitahu awal-awal duit akan masuk secara berperingkat. Takda la depa duk pergi berkali-kali dekat bank kesian tahu. Nak senang engkau sendiri pergi semak dekat laman web brim atau call talian bebas tol LHDN 1800-88-2716 atau emel kepada: br1m@treasury.gov.my. Nak lagi senang sambil mendapat keberkatan anda sendiri bagi dekat mak bapak.


Giveaway by LZ

Image
Syarat-syarat yang perlu diikuti bagi membolehkan peserta berpeluang memenangi giveaway ini:
1. Follow blog ini, Lady in Red Planner 2. *Follow Instagram : @ladyinredplanner 3. *Like Facebook Page : ladyinredplanner 4. Copy banner di atas dan buat satu entri bertajuk "Giveaway by LZ" dan backlink dengan entri ini. 5. Berikan pendapat ikhlas anda mengenai blog Lady in Red Planner minimum sebaris ayat. 6. Publish entri anda dan letak link entri di ruangan komen entri ini. Jangan lupa nyatakan nama IG atau Facebook anda.
*Salah satu diterima


] Hadiah Pertama : Mobile Tripod Stand.

Hadiah Kedua : MP3 Player Silver.

Hadiah Ketiga : Digital Watch Purple.
Pemenang 1 hingga 3 juga akan dapat wang tunai RM 10.00 setiap seorang.
Hadiah misteri kepada seorang Peserta bertuah.
Giveaway ini akan berlangsung dari 14.08.2017 hingga 31.08.2017. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan.
Trivia
Sebab hakak tak punya banyak masa maka tak dapat nak skodeng lebih.…

Giveaway Ogos 2017 www.aerillhassan.com

Image
Assalamualaikum semua, hari ni hakak nak join satu lagi contest daripada aerill hassanGiveaway Ogos 2017 by ww.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.
17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan akan diumumkan pada
1 September 2017
GOOD LUCK & SELAMAT MAJU JAYA SEMUA!!!



Hubungi Saya

Personal blogger dan lifestyle, mom to 2 kids and becoming Fulltime work at home. For inquiry, review, advertising and event email to hunnypie89@gmail.com/018 9614663

Followers

Followers

Instagram